Ikut arahan di bawah untuk menyediakan pencetak anda.
Persediaan Perkakasan
Lihat manual persediaan kertas untuk butiran mengenai menyediakan perkakasan pencetak, seperti mengisi dakwat atau memasang kartrij dakwat dan memuatkan kertas.
Pemasangan Pemacu
Pasangkan pemacu apabila anda telah menyelesaikan persediaan perkakasan pencetak. Pemacu terletak pada CD ini di laluan yang berikut:
Pemacu Pencetak
\Driver\Printer\Driver
Pemacu Pengimbas (Pencetak berbilang fungsi sahaja)
\Driver\Scanner2\Driver
Fax Utility (Pencetak berbilang fungsi sahaja)
\Apps\FaxUtility
Pemacu Pencetak PCL atau PS3(PostScript3) (Pencetak yang disokong sahaja):
Beberapa ciri pencetakan tidak tersedia dengan pemacu PCL dan PS3. Untuk menggunakan semua ciri pencetakan, pasang pemacu pencetak seperti yang dinyatakan di atas.
Lihat Panduan Pengguna untuk memastikan pencetak anda menyokong bahasa cetakan PCL atau PS3 dan kemudian ikut arahan untuk memasang pemacu.
Pemacu Pencetak PCL
\Driver\PCLUniversal\
atau
\Driver\Universal\
Pemacu Pencetak PS3(PostScript3)
\Driver\PostScript
Sambungan Rangkaian dan Konfigurasi
Sambungkan kabel LAN atau gunakan panel kawalan pencetak untuk menyambung tanpa wayar ke rangkaian. Muat turun dan jalankan EpsonNet Config untuk membuat konfigurasi tetapan rangkaian.
Memuat turun Manual dan Perisian
Anda boleh memuat turun manual dan perisian yang lain daripada laman web sokongan Epson.
http://www.epson.eu/Support (Eropah)
http://support.epson.net/ (luar Eropah)